Puisi: "Dia yang datang"

 


Puisi: "Dia yang datang" 


Hidupnya yang kelihatan

 sedikit berantakan

Hidupnya hanya menunggu kasih daripada Tuhan

Bukankah dia terlihat kasihan 

Apa salahnya mendoakan kepadanya kebaikan

Kata-katamu wujud hanya sebagai peringatan

Bukan berkuasa mengubah hidup seseorang

Kita dan dia sama-sama akan dipersoalkan.


Hidupnya yang kelihatan

Seakan melawan takdir yang berjalan

Namun siapa kita untuk menghukum?

Sedang diri sendiri belum tentu maksum


Doakanlah dia, kerana itu senjata

Yang mampu menembus batas dunia fana

Kata-kata, biarlah menjadi penyembuh,

Bukan racun yang menusuk jauh.


Hidup ini adalah ujian

Kita dan dia sama-sama di dalam timbangan

Janganlah merasa tinggi di mata Tuhan

Kerana akhirnya semua kembali dalam penilaian.


#hayyinBashir


Req- Tengok Surah al qiyamah ayat 36.

Ulasan

Catatan Popular