Penat yang disukai Allah SWT

 


Sabda Nabi Muhammad SAW: "Sesungguhnya Allah menyukai apabila salah seorang daripada kamu melakukan sesuatu pekerjaan, dia melakukannya dengan tekun dan cemerlang." (Hadis Riwayat Baihaqi).


Bayangkan kita tengah belajar sesuatu yang susah, macam nak kuasai software baru atau nak faham subjek yang complicated. Memang rasa nak give up, kan? Tapi, kalau kita ingat hadis ni, kita akan rasa lebih semangat. Sebab kita tahu, setiap usaha kita tu Allah suka. Tak kisah la hasilnya macam mana, yang penting kita dah cuba yang terbaik.


Sebelum buat apa-apa, selalu ingatkan diri: "Aku buat ni kerana Allah SWT ."


Jangan takut penat.

Penat tu sementara, tapi pahala dan hasil yang kita dapat akan kekal.


Jadikan ia kebiasaan.

Bila kita selalu buat kerja dengan tekun, lama-lama ia akan jadi habit. Orang lain pun akan terinspirasi dengan kesungguhan kita.


Hahahaha, beban tu kalau istiqomah selalu jadi hiburan ya. Macam solat malam.


Dahla hiburan dapat pahala lak tu.


#hayyinBashir #feb #selfreminder #nota

Ulasan

Catatan Popular