Kenapa orang selalu tak faham kita cakap apa?

 

Clash of communication


"Kenapa orang selalu tak faham aq cakap apa? Kenapa setiap perkataan tu nak kena terangkan. Aq rasa give uplah.

Cakap dengan kamu ni rasa macam beban. Keseronokan tu dah hilang. Aq cakap bahasa melayu bukan bahasa iban! ." 


Itu normal, setiap individu persekitaran dia berlainan. Dia tak dapat nak adapt dia akan rasa hairan. Hidup ni bukan satu jenis, dia berlainan. 


Bila jumpa orang ni jangan marah, dia tak faham. 


Dengar sini, ada satu doa ni. Nabi Musa A. S kongsi

Doa supaya dipermudahkan dan supaya percakapan kita mudah difahami.


“Wahai tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku. Dan mudahkanlah bagiku, urusanku. Dan lepaskanlah simpulan dari lidahku supaya mereka faham perkataanku.”(Surah Taha, 20: 25-28)


Ingat doa ni bukan hanya untuk pembentangan, tapi untuk perjalanan kehidupan. 


Mohon pada Allah SWT lapangkan dada supaya dapat sabar dan tenang. Bercakap dengan orang yang tak faham perlukan kesabaran. 


Tersalah cakap mungkin mendatangkan kemarahan. Kerana itu, mohon pada Allah SWT sabar dan tenang. Agar kata-kata lebih teratur dan mudah faham. 


Tambahkan ilmu kurangkan kekeliruan. Jangan buat buat tahu, cakap jer tak faham. Hidup ni kena tenang. 


InsyaAllah, moga istiqomah dan dapat amalkan


#hayyinBashir

Ulasan

Catatan Popular