" i imagine people like me"
Komen paling sedih saya pernah baca tahun ni
" i imagine people like me"
Saya berpura-pura orang sukakan saya
Apa moment yang dalam hidup dia yang sampai dia kata macamni sekali. Dia bertahan hidup dengan mindset dia macamni?
Berapa banyak kali dia tahan menangis dekat public.
Tak kuat duduk dengan orang yang tak suka kita. Lagi-lagi kalau semua orang pulak tu.
Dia ingat semua orang tak suka dia.
Macamana nk bagitahu dia, yang ada seseorang kasih kepada dia.
Nabi
Nabi Muhammad S.A.W.
Nabi doa setiap pagi berkatilah pagi umatku. Nabi mintak pada Allah SWT SETIAP PAGI
Permulaan hari
Cukup tak sampai situ rasa kasih sayang nabi.
Tak cukup dengan tu?
Berapa banyak kali dalam al Quran, Allah SWT kata kat nabi. Allah kata, aku hantar kamu sebagai peringatan bukan berkuasa untuk ubah hati-orang supaya jadi beriman
Bayangkan betapa besarnya usaha nabi, dan ikhlasnya kasih sayang nabi dekat kita. Bukan sekali Allah SWT tegur.
Baca ayat ni:
-Surah Al-Kahfi, Ayat 6
-Surah Ash-Shu'ara, Ayat 3
Betapa sedih nabi bila fikirkan nasib umat dia. Orang-orang yang menolak seruan untuk berbuat kebaikan.
Tapi Nabi Muhammad S.A.W cuma sebagai peringatan. Bukan berkuasa mengubah iman seseorang.
Pastu Nabi nak tunggu umat dia kat telaga kauthar.
Nak tengok sorang-sorang umat dia masuk syurga. ðŸ˜
Kalau ada umat dia yang masuk neraka, Nabi Muhammad S.A.W kata nak pergi cari mereka. Walaupun dalam diri diaorang tu dah takdak harapan cuma berpegang pada perkataan lailahaillallah ja. Nabi tetap cuba juga nak mintak kat Allah SWT, selamatkan umat dia.
"Aku akan terus memberikan syafaat hingga aku diberikan izin untuk mengeluarkan orang dari neraka yang berkata 'Laa ilaaha illallah,' sedangkan dalam hatinya ada kebaikan seberat biji barli. Kemudian aku akan memberikan syafaat hingga aku diizinkan untuk mengeluarkan orang dari neraka yang berkata 'Laa ilaaha illallah,' sedangkan dalam hatinya ada kebaikan seberat biji gandum. Kemudian aku akan memberikan syafaat hingga aku diizinkan untuk mengeluarkan orang dari neraka yang berkata 'Laa ilaaha illallah,' sedangkan dalam hatinya ada kebaikan seberat zarah (atom)."
(Hadis Riwayat Muslim, No. 193)
Memang kalah tanpa bertanding macamni, kasih sayang yang sungguh besar. Ikhlas kerana Allah SWT.
Tapi tetap kuasa membolak balikkan hati makhluk-Nya ialah pada Allah SWT sahaja.
Kasih sayang Nabi Muhammad S.A.W umum diketahui sangat besar. Itu umum, belum yang kita tak tahu lagi.
Nabi pernah bersabda: "Setiap nabi memiliki doa mustajab, dan aku menyimpan doaku untuk syafaat bagi umatku pada hari kiamat." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Macam-macam dah berlaku dekat hidup Nabi. Nabi Muhammad S.A.W kena hentam teruk, macam2 dugaan Nabi kena. Tapi mana? doa itu nabi tetap simpan.
Allahumma sholli'ala sayyidina Muhammad wa ala Alihi Muhammad.
Jom selawat.
#hayyinBashir

Ulasan
Catat Ulasan