Hidup yang tak ada obsess apa-apa?
" Hidup orang yang tak ada obsess apa-apa"
Itulah apa sarikata video tu kata.
Kira tak ada semangat sangat nak buat apa-apa. Tujuan hidup tak ada, tak jelas.
Jadinya suka tidur dan pemalas.
Soalan ni dia tanya kat syeikh macamana nak mengubati.
Syeikh tu tergelak, saya yang boleh relate dengan yang bertanya pun senyum jelah nak tahu gak.
Saya pun sukaaa tidur..
Syeikh kata "Nabi pernah kata yang jika kamu tahu apa yang aku tahu nescaya kamu akan kurang tertawa dan banyak menangis"
Kalau ikut ayat ni jadi takutlah nak lama-lama kat katil. Tak beribadah
Jadi banyakkan baca surah ad-dhar atau dikenali surah al insan.
Link video:
https://youtu.be/sIaHYSHTEzY?si=HIeK3ruqno-dQ_yV
Info ringkas :
Surah Al-Insan (atau dikenali juga sebagai Surah al-Dahr) adalah surah ke-76 dalam Al-Quran, yang mengisahkan tentang asal usul manusia, kehidupan, dan hari pembalasan. Dalam surah ini, Allah mengingatkan kita tentang bagaimana manusia diciptakan dari setitis air mani, lalu diberi kemampuan untuk memilih antara kebaikan dan keburukan.
Surah ini juga mengajak kita untuk berbuat kebaikan dan beramal soleh, serta memberi penekanan mengenai ganjaran besar yang akan diterima oleh orang-orang yang sabar dan taat kepada Allah. Allah menjelaskan bahawa kehidupan dunia ini sementara, dan ganjaran yang kekal adalah di akhirat.
Selain itu, ada juga ayat-ayat dalam surah ini yang menceritakan tentang janji Allah kepada orang-orang yang melakukan amal soleh, iaitu mereka akan dimasukkan ke dalam syurga yang penuh dengan nikmat dan kebahagiaan yang tiada tara.
Secara keseluruhannya, surah ini mengingatkan kita tentang asal usul manusia, tujuan hidup, dan kehidupan selepas mati. Tema utama surah ini ialah tentang kesyukuran kepada Allah, berbuat kebaikan, serta mengharapkan ganjaran akhirat yang lebih baik.
Kesimpulannya gitu kena tahu asal usul diri sendirilah.
#selfreminder #hayyinBashir

Ulasan
Catat Ulasan